Sunday, 20 June 2021

Keistimewaan Lokasi

 Kek Lok Si 

Tokong Kek Lok Si
Sumber: Google image
   
Tokong Kek Lok Si merupakan sebuah tokong agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan antara yang terkenal di Asia Tenggara. Tokong ini bukan sahaja merupakan pusat keagamaan maka telah menjadi pusat tarikan pelancong.

Avalokiteshvara Hall

Dewan Avalokiteshvara
Sumber: Google Image

Antara tarikan-tarikan yang terdapat disana adalah Avalokiteshvara Hall. Dewan ini merupakan tempat untuk para penganut agama Buddha untuk menjalankan sembahyang mereka.
        
Kek Lok Si pada waktu malam
Sumber: Google Image
    
Pada Tahun Baru Cina, para pelawat boleh mendapat pandangan yang menarik di luar dewan itu. Tokong Kek Lok Si akan dihiaskan dengan lampu-lampu LED. 

Patung Kuan Yin 

Patung Kuan Yin
Sumber: Google Image

Selain itu, Patung Kuan Yin merupakan antara tarikan utama di Kek Lok Si. Patung Kuan Yin mempunyai ketinggian  36.5 meter. Patung ini dilindung dengan sebauh bumbung yang disokong dengan 16 tiang. Para pelancong boleh melawat patung itu dengan menaiki sebuah kereta-api ataupun berjalan kaki. 

Pagoda Kek Lok Si ( Ban Pho Tar )

Pagoda Kek Lok Si
Sumber: Google Image

Bangunan ini dikenali sebagai pagoda Kek Lok Si ataupun Ban Pho Tar. Pagoda ini menunjukkan pengaruh-pengaruh yang terdapat dalam masyarakat Cina di Pulau Pinang. Terdapat unsur Cina, Thai dan Burma dalam binaan pagoda itu. Pengaruh-pengaruh itu ditunjukkan dengan binaan luaran pagoda.  

Rujukan
Marco Ferrarese (2021,Mei 30).Penang Insider [Laman Web] https://www.penang-insider.com/kek-lok-si-temple-penang-guide/

No comments:

Post a Comment

Langkah-langkah untuk Melindungi Kuil Kek Lok Si

  Perbincangan :    Sumber ( Google Photos ) Langkah-Langkah Melindungi Kuil Kek Lok Si Pengekalan dan pemeliharaan bangunan bersejarah perl...