Perbincangan :
Sumber ( Google Photos )
Langkah-Langkah Melindungi Kuil Kek Lok Si
Pengekalan dan pemeliharaan bangunan bersejarah perlulah dilakukan oleh semua pihak. Panduan dan iktibar kepada generasi muda dan bahan penyelidikan, rujukan dan kajian tentang evolusi sejarah yang berlaku dapat dijadikan menerusi kewujudan dan peninggalan bangunan bersejarah ini. Persoalannya, apakah langkah yang harus dilakukan untuk memelihara dan mengekalkan bangunan bersejarah ini?
Rata-rata pengunjung dan pelancong yang bertandang sangat tertarik akan keunikan bangunan sejarah contohnya seperti Kuil Kek Lok Si . Oleh itu, sebagai tarikan dan tatapan pelancong asing, bangunan bersejarah mesti dipelihara dan dipulihara. Bangunan bersejarah ini mempunyai daya penarik yang kuat kerana ia berkaitan dengan evolusi manusia dan sejarah yang berlaku di tanah air kita.
Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelancong tidak mengira dalam dan luar negara sangat berminat untuk melawat dan berkunjung ke bangunan bersejarah. Selain itu, pengubahsuaian juga boleh dilakukan terhadap bangunan bersejarah dengan menjadikannya sebagai bangunan Kuil yang memaparkan peninggalan dan sejarah tertentu. Contohnya yang boleh dilihat adalah Kuil Kek Lok Sejarah yang merakamkan. Selain itu, jika bangunan tersebut masih selamat digunakan, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat perniagaan. Pelanggan akan mudah dan lebih tertarik dengan bangunan bersejarah. Peniaga juga dapat merasai suasana yang unik dan berbeza dalam berniaga.
Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman dalam mengkomersialkan dan menaikkan nama Malaysia ke peringkat global. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak bergantung dan mementingkan latar belakang sesuatu tempat dan lokasinya. Bangunan bersejarah perlu digunakan sekiranya sesuatu filem itu berkonsepkan dan bertemakan peritiwa bersejarah.
Di samping itu, bangunan bersejarah juga mempunyai nilai estetika yang tinggi dan nilai-nilai seni yang penting. Seni bina yang halus yang bercorakkan warisan budaya bangsa boleh dilihat dengan teliti pada bangunan bersejarah. Kreativiti dan kehalusan seni bina bangsa kita pada zaman silam dapat dihayati oleh kita semua. Keistimewaan dan keindahan budaya juga boleh kita hayati.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat dan faedah masih boleh diperolehi daripada kewujudan dan pengekalan binaan bangunan bersejarah ini. Ia merupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia dan peninggalan berharga pahlawan dan orang-orang terdahulu. Sudah semestinya wang ringgit pun tidak dapat menggantikan tinggalan-tinggalan bersejarah ini. Banyak kisah yang tersingkap di dalamnya yang tidak dapat diperikan ke dalam buku-buku sejarah. Oleh yang demkian, dalam pengekalan dan untuk langkah-langkah untuk melindungi bangunan bersejarah di Malaysia, semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain.
Rujukan : - https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuil_Kek_Lok_Si
- https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/
- https://mypt3.com/langkah-memelihara-bangunan-bersejarah
( Sumber : Google Photos )